Saturday, October 31, 2009

Bersama Makan Malam PKR Cabang Rembau


JAMUAN MAKAN MALAM KUTIPAN DANA DAN KEBAJIKAN anjuran KEADILAN Rembau

31 Oktober, 2009
8.00 pm
Rest. Teratai, Seremban 2, Seremban (depan Jusco Seremban 2)

Pendokong reformasi PR Juasseh/Jemapoh malam tadi sempat bersama-sama makan malam anjuran badan kebajikan PKR Cabang Rembau.

Sekalong tahniah barisan kepimpinan Rambau yang membariskan penceramah2 untuk menerangkan secara terperinci pergolakan dan kebuasan Umno BN dlm cubaan merampas kerajaan Pakatan. Tanpa sopan dan salah etikanya, di pergunakan segala kekuatan jentera kerajaan mencipta skrip yang disusun untuk memerangkap Ahli Parlimen termasuk Adun PR.

Kurang yakinnya dlm sistem piliharaya yang telah menelanjangkan Umno BN PRU 12 sebelumnya dan tiada sambutan juga sokongan rakyat semakin longgar dengan perlaksanaan slogan 1M, membuatkan Umno BN mengunakan pakai sistem kitar semula operasi lalang dlm zaman Mahathir.

Tangkapan demi tangkapan dan ugutan yg berterusan bagi memastikan kerajaan PR runtuh sebelum PRU 13.

Tapi percayalah.... reformasi kebangkitan rakyat bukan kerana Anwar, Nik Aziz atau Guan Eng. Tapi rakyat semakin sedar dan celek untuk mengembalikan hak yang semakin terhakis. Menang atau kalah pilihanraya itu hanya sistem demokrasi kerajaan Umno BN.

Anwar, Nik Aziz, Guan Eng serta ramai lagi cuma sebahagian barisan pemimpin yang diberi amanah sebagai peneraju. Mereka kini bertungkus lumus menyusun etika dan peradapan kesatuan supaya lebih berdisplin. Perbedaaan pandangan dlm PR adalah sangat di alu-alukan walau pun dilihat oleh Umno Bn seolah-olah bercakaran. Bezanya mereka bercakaran bagi memastikan hak2 rakyat dapat dinikmati. Manakala Umno BN tunduk takut malah semakin jumut walaupun pimpinannya semakin menyeleweng dan tergelincir daripada perjuangan asal. BN semakin bercelaru bercakaran berebut projek membolot kekayaan peribadi.

Perjuangan refomasi perjuangan rakyat yang akan berterusan. Parti hanya lah landasan. Sesiapa yang takut dgn risiko dan longgar dgn prinsip PERJUANGAN perjuangan ini, berundur lah. Gugurlah seperti pelepah kelapa dan jangan lah sampai seperti pelepah pisang. Dah mati masih melekat di batang hingga ditarik sentak supaya gugur.

Untuk Che'Bard dan Cabang Rembau... kami sentiasa mendoakan perjuangan ini sentiasa di lindungi Allah.

" Biduk Lalu Kiambang Pun Bertaup"

@PR Juesseh/Jemapoh@

Friday, October 30, 2009

Prinsip Keadilan Yang Kami Tuntut.

Keputusan Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah untuk keluar dari PKR sememangnya dinanti-nantikan pemimpin tertinggi PKR Selangor setelah beliau gagal menunjukkan prestasi baik dalam memberi perkhidmatan sebagai wakil rakyat.

Tindakan beliau meninggalkan parti dilihat sebagai membantu Kerajaan Selangor untuk membersihkan pemimpin Pakatan Rakyat dari dibelenggu wakil rakyat yang bermasalah.

Setiausaha Polilitik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tindakan ini disambut baik setelah Badrul enggan menerima sebarang bentuk bantuan dari kerajaan negeri dan parti bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Kita selama ni cuba untuk perbaiki selepas dapat banyak respon tentang rekod dia, tentang prestasi dia sebagai seorang wakil rakyat dan kita cuba berjumpa, kita cuba membantu tetapi dia nampak dia tidak mahu menerima bantuan kita, dia dah tutup pusat khidmat dia, kita bergerak lama tanpa dia jadi kita ucapkan selamat jalan lah pada dia sebab kita pun kalau boleh tidak mahu sampai ke tahap macam nie, tetapi dia yang memilih jalan macam ni, kita dah bagi peluang dia menjadi wakil rakyat, bila timbul masalah kita cuba bantu tapi inilah pilihan yang dia ambil”, katanya.

Nik Nazmi menyelar kenyataan Badrul bahawa beliau hilang kepercayaan kepada parti. Sebaliknya Nik Nazmi berkata PKR terlebih dahulu hilang kepercayaan kepada Badrul setelah beliau gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di situ.

Menurutnya, Badrul tidak seharusnya bertindak menutup Pusat Khidmat DUNnya, sekiranya beliau hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan parti.

“Sebenarnya saya rasa kita yang hilang keyakinan dengan dia dulu, selama ni kenapa dia tak keluar, kalau dah lama dia begitu kenapa dia tak keluar dan dia hilang keyakinan kepada parti tetapi tidak bermaksud dia patut tutup pusat khidmat dia, dia perlu hentikan berhubung dengan rakyat, tak pergi program, program Tuanku tak pergi, program kerajaan negeri jadi sama ada dia percaya kepada parti itu perkara lain. Yang penting dia jalankan tugas sebagai seorang wakil rakyat”, jelasnya.

Tambahnya, Pilihanraya Kecil hanya boleh dibuat setelah Badrul meletak jawatan sebagai wakil rakyat Pelabuhan Klang sepertimana yang disyorkan Menteri Besar ekoran beliau gagal menjalankan tugasnya.

“Dia belum letak jawatan sebagai wakil rakyat, itulah yang kita nak minta kalau dia tak boleh buat kerja patutnya dia letak jawatan sekarang dia cerita hilang keyakinan pula, jadi itu kena tanya Badrul lah”, tegasnya.

Nik Nazmi turut menafikan dakwaan Badrul bahawa beliau tidak menerima peruntukan kawasannya berbanding wakil rakyat lain.

Katanya, sebaliknya kerajaan negeri sudah menawarkan pelbagai bentuk bantuan termasuk bantuan kewangan kepada Badrul bagi membolehkan beliau menjalankan program untuk masyarakat.

“Kita ambil alih pengurusan peruntukan saya sendiri maklumkan pada dia sebab waktu timbul banyak sangat aduan, rakyat minta tak dapat, ada aduan wujudnya penyelewengan dan sebagainya, kita nak selamatkan dia”, ujarnya.
Mungkin rakyat yang undi Si Badrulhisham, Adun Pelabuhan Klang merasa kecewa dengan sikap pengkhianatannya kepada pengundi dan mungkin juga mereka merasa lega kerana Badrulhisham yang bermasalah itu sejak menang Mac 2008 atas tiket Parti Keadilan telah tonjolkan imej yang sebenar.

Badrulhisham Adun Pelabauhan Klang sebelum istihar keluar daripada Parti Keadilan dikatakan murung dan ada masalah mental dan suka mendiamkan diri. Apabila istihar jadi bebas dan Pro Umno dan 'mesra' Umno nampak bersemangat dan salahkan ketuanya Anwar Ibrahim punca beliau keluar PKR. Selama sidang DUN Selangor beliau tidak pernah muncul untuk suarakan apa saja yang ada kaitan dengan masalah rakyat Dun Pelabuhan Klang. Atas displin yang cukup meragukan maka pengundi2 mendesak Badrul meletakan jawatan termasuk juga AMK Selangor meletak jawatan dgn kadar segera.

B
arisan Nasional (BN) didakwa menggunakan taktik kotor untuk kembali memerintah di negeri yang ditawan pembangkang pada pilihan raya umum lalu dengan ‘memancing’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR), demikian lapor Sinar Harian.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub berkata, antara strategi yang digunakan ialah menyalurkan peruntukan kepada bekas pemimpin PR yang menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong (BN).

Menurutnya, strategi itu digunakan terhadap ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang mengisytihar dirinya wakil rakyat Bebas yang menyokong BN berkuat kuasa serta merta, kelmarin.

“Itu baru strategi awal, banyak lagi strategi yang dirangka oleh BN. Dalam situasi Badrul ini, BN bermurah hati beri bantuan. Selepas itu berusaha memerangkap Badrul masuk BN. Bila terperangkap, mereka akan ambil satu demi satu kerusi PR," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar bahawa BN bersedia memberikan bantuan atas sokongan beliau (Badrul) kepada BN bagi membangunkan secara bersama-sama kawasan yang diwakili Badrul.

Menurut Mustaffa Kamil, situasi yang sama tutut berlaku terhadap tiga ADUN di Perak iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu daripada Parti Keadilan Rakyat serta ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP) yang menjadi wakil rakyat Bebas dan beri sokongan kepada BN.

Katanya, PKR akan tetap berjalan seperti biasa kerana keputusan Badrul keluar parti bukanlah perkara mengejutkan.


Umno pula sudah tentu sambut mesra dan gunakan kesempatan ini untuk ambil Badrul untuk bersama Umno. Tak masuk Umno pun tak apa janji pro Umno. Timbalan Presiden Umno , Muhyidin Yasin dah mula hulur tangan untuk sambut Badrul ke dalam Umno. Baca di sini BN Sedia BantuWakil Rakyat Bebas-bernama

Siapa lagi yang akan jadi bebas pro Umno dan 'mesra' Umno? Hanya masa yang menentukan.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Thursday, October 29, 2009

Peringatan Kepada Bloggers2

Jawatankuasa Disiplin Parti memandang serius beberapa artikel dalam media perdana serta laman-laman blog tertentu. Semua laporan ini sedang dipantau bagi meneliti sejauh mana segala pertuduhan yang dilemparkan sehingga mencetuskan kegawatan, sebelum mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat pada malam ini (28 Oktober 2009).



PATUHI KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS

RABU, 28 OKTOBER 2009 09 ZULKAEDAH 1430H

Jawatankuasa Disiplin Parti memandang serius beberapa artikel dalam media perdana serta laman-laman blog tertentu. Semua laporan ini sedang dipantau bagi meneliti sejauh mana segala pertuduhan yang dilemparkan sehingga mencetuskan kegawatan, sebelum mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat pada malam ini (28 Oktober 2009).

Jawatankuasa Disiplin parti menyambut baik saranan Dewan Pemuda agar Jawatankuasa ini dipertingkatkan. Namun perlu diingat bahawa jawatankuasa Disiplin Parti hanya boleh bertindak sekiranya ada laporan rasmi kepada parti. Segala kenyataan umum melalui akhbar atau blog tidak boleh dianggap sebagai laporan rasmi. Semua pertuduhan yang dibuat mestilah disokong dengan pembuktiaan. Bukan hanya dengar cakap atau hanya melalui beberapa blog tertentu sahaja.

Sehingga kini, Jawatankuasa Disiplin telah menerima empat laporan rasmi, dan telah mengambil tindakan kepada tiga laporan, manakana satu lagi yang sedang diteliti oleh jawatankuasa. Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menegakkan keutuhan parti serta hak ahli parti, maka semua pertuduhan dan pendakwaan mestilah mampu menegakkan keadilan bagi yang kena tuduh, manakala yang membuat tuduhan mestilah bersedia dengan bukti yang jelas.

Sehubungan itu, segala permasalahan parti mestilah menggunakan saluran parti yang sedia ada. Kita mempunyai pelbagai mekanisma bagi menangani isu yang berlaku dalaman parti. Gunakan saluran parti, jangan bertindak sendirian dengan membelakangi saluran parti kerana tindakan sedemikian tidak menguntungkan parti.

Perlu diingat bahawa Jawatankuasa Disiplin memandang serius beberapa tindakan bagi membincangkan semula sesuatu yang telah diputuskan dan dianggap telah selesai. Lantaran itu, sekiranya ada dikalangan ahli biasa atau pimpinan yang cuba mengheret parti kepada permasalahan yang telah kita putuskan, maka mereka mesti bersedia untuk diambil tindakan.

Awasilah media perdana yang berusaha melaga-laga pimpinan, dengan memberi gambaran buruk kepada satu pihak dan selah-olah memberi gambaran baik pada pihak lain. Kerana mereka sedang berusaha memecahbelahkan kita dan merosakkan hubungan baik serta setiakawan kita dalam Pakatan.


Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti.

Sunday, October 25, 2009

Kebakaran Kedai Makan - Karim Suhaimi

Isnin-26hb Oct 2009

Jam 6.00 am pagi ini, warga Kampong Pelangai di kejutkan dengan musibah kebakaran kedai makan & minuman sahabat kita Karim Suhaimi.

Kedai Mara 5 pintu yg di bina di awal 80 an hampir musnah dan punca kebakaran belum di ketahui. Turut terlibat kedai runcit Puan Rahimah yang baru kematian suami (Osman) 4 hari kelmarin.

Saudara Karim Suhaimi adalah aktivis Pas - Ketua Penerangan Pas Kawasan Kuala Pilah dan Ketua Penerangan Pakatan Rakyat Dun Juasseh.

Pakatan Rakyat Dun Juasseh bersama-sama Pas Negeri Sembilan akan melancarkan Tabung Jihad bantuan bagi meringankan bebanan musibah beliau.

Semoga Allah memberi kekuatan segala bentuk ujiannya ini.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar NS









YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, diarak menaiki Tahta Rencana sambil diiringi oleh pembesar istana menuju ke Panca Persada untuk upacara Istiadat Bersiram di Istana Besar Seri Menanti di sini, hari ini. Istiadat bersiram ini diadakan selepas istiadat menurunkan dan memasang alat kebesaran diraja di halaman Istana Besar Seri Menanti pada Khamis lalu.

Sahabat kita dari kampong Tengkek Tuan Haji Rahman orang besar adat Perpateh Dato' Lembaga adalah diantaranya yang berada di Istana bagi menyempurnakan adat istiadat pertabalan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor; ahli Exco, wakil rakyat, dan ketua jabatan adalah antara 5,000 yang hadir menyaksikan istiadat itu.

@PR Juasseh/Jemapoh@